Sejarah Penubuhan

Sejarah Penubuhan

Ditubuhkan pada 2015 untuk membantu perkembangan anak-anak

Nuha Kids ditubuhkan pada tahun 2015 oleh Puan Nurul Sheriena Musa yang merupakan seorang Terapis Cara Kerja (Occupational Therapist).

Pada mulanya atas dasar minat yang sangat mendalam terhadap memberi Pendidikan Terapi, beliau mengambil langkah untuk memulakan Sesi Terapi Rumah ke Rumah di Melaka di mana beliau pulang ke Melaka setiap minggu semasa bertugas sebagai Pensyarah Junior di sebuah Kolej Universiti.

Setelah hampir Dua tahun, beliau mula berkhidmat di sebuah Sekolah Swasta. Beliau masih meneruskan Khidmat Terapi beliau di hujung minggu.

Setelah hampir Lima Tahun berkhidmat di Sektor Swasta beliau menubuhkan menubuhkan Nuha Kids atas permintaan ibubapa sekitar Kajang pada tahun 2015 dengan membuka Program Klinik.

Sambutan untuk Program Terapi beliau mendapat sambutan sehingga Ibubapa meminta beliau untuk menawarkan Program Sekolah untuk anak anak bekeperluan Khas.

Alhamdulillah bermula dengan Kepercayaan mahu menyebarkan Ilmu dan Kasih Sayang ke Masyarakat adalah titik Permulaan sebuah warkah Perjuangan untuk mendidik anak dari awal.
Nuha kids menawarkan khimat Sekolah Swasta Pendidikan Khas di bawah Program Nuha Kids Care dan Sekolah Pra-Sekolah Swasta di bawah Program Nuha Play Lab. Selain itu Nuha Kids mewujudkan sebuah platform untuk Ibubapa dan pendidik mendapatkan Barang Mainan Stimulasi Awal di Kitz @ Nuha. Selain itu Nuha Kids percaya bahawa Ibu Bapa merupakan Guru Pertama anak di mana Latihan berupa Bengkel dan Sesi Perkongsian bersama Terapis.

Visi

Menjadi perintis & pilihan utama dalam menyediakan modul pendidikan khas serta platform pendidikan secara holistik yang mengikut keperluan perkembangan anak yang unik.

Misi

Menyediakan persekitaran yang sesuai untuk semua tahap perkembangan anak yang selamat dan kondusif untuk kanak-kanak meneroka & berkembang mental yang sihat.

Menganjurkan Kelas Online, Seminar Parenting & Perkembangan bagi menyebarkan kesedaran & mendidik masyarakat.

Menyediakan Modul Pendidikan Khas yang inklusif & yang bersesuaian dengan tahap kesediaan & keperluan setiap pelajar

Menghasilkan bahan bantu mengajar serta buku panduan & latihan bagi membantu ibu bapa & pelajar untuk meneruskan aktiviti di rumah.

Melatih & menyediakan pasukan Pendidik & Pengurusan (NuhaVengers) yang memahami perkembangan anak yang holistik serta sistem yang lebih bersistematik.

Bekerjasama dengan Badan Kerajaan & Bukan Kerajaan serta mana-mana Individu bagi menjayakan program berkaitan Parenting & Perkembangan anak

Motto

Play

Explore

Connect

Grow

Teras Utama

Nurture

Memupuk dengan cermat & kasih sayang melalui pendidikan mengikut perkembangan fitrah

Holistic

Setiap anak dinilai & diberi pendidikan secara holistik untuk perkembangan yang optimum

Unique

Keunikan & potensi setiap anak diraikan & dihormati melalui program khusus mengikut minat anak

Active

Pendidik mendidik dengan Aktif untuk membina kepercayaan & ikatan kasih sayang dengan anak