Selamat Datang ke Laman Nuha Kids Care Centre

Nuha Kids merupakan sebuah Pusat Perkembangan Kanak-kanak yang menawarkan Program Pendidikan yang Holistik yang tidak hanya terhad kepada Akademik tetapi menyeluruh dan mengikut Tahap Perkembangan Individu.

Nuha Kids menawarkan program untuk kanak-kanak tipikal dan kanak-kanak istimewa dari seawal umur 0 tahun hingga 15 tahun. Kami menawarkan pelbagai program dari Sesi Individu dan juga Sesi Berkumpulan.

Setiap Program di Nuha Kids telah di ‘tailor-made’ untuk setiap pelajar dan mendapat penilaian dari Terapis Perkembangan Kanak-kanak.

  • Memupuk dengan cermat & kasih sayang mengikut fitrah perkembangan anak.
  • Keunikan setiap anak diraikan & program khusus diberi mengikut potensi anak.
  • Memberi pendidikan Holistik untuk kemandirian anak Pendidik mendidik dengan aktif untuk mendapat kepercayaan & ikatan kasih sayang pada anak. 

Program di Nuha Kids

  • Program School Based Intervention untuk bantu School
    Readiness anak Lewat Perkembangan seperti Speech Delay, Autism, ADHD, Down Syndrome, GDD & Slow Learner.
  • Daily Therapy Program (Sensori, Fine Motor, Gross Motor, Play, Speech, Social & Brain Gym & Toilet Training.
  • Sesuai untuk anak berumur 2 tahun hingga 7 tahun
  • Program Terapi 3M untuk bantu pelajar Dyslexia , Mild Autism, Slow Learner malah ANAK-ANAK TIPIKAL yang memerlukan sokongan pembelajaran berterusan.
  • Daily Stimulation Program
    (Sensorimotor , Brain Gym, Social ,
    Problem solving , Menulis ,
    Membaca & Berkomunikasi)
  • Sesuai untuk anak berumur
    7 tahun hingga 13 tahun

Speech Therapist (ST) yang menyediakan Assessment & Intervention untuk anak lewat Perkembangan bahasa seperti Speech Language Disorder atau Speech Sound Disorder (Pelat) dan berkaitan.

  • Sesuai untuk anak berumur 1 tahun ke atas

Terapis Cara Kerja atau dikenali sebagai Occupational Therapist (OT) yang menyediakan Assessment & Intervention untuk anak lewat Perkembangan & Special Needs seperti Autism, ADHD, Speech Delay dan sebagainya.

  • Sesuai untuk anak berumur 6 bulan ke atas.

Program Targeted Intervention Plan dikendalikan oleh Special Needs Therapist yang menggunakan pendekatan Sensori, Refleks, Brain Gym, Brain Stimulation Therapy bagi membantu kesediaan pelajar untuk -Komunikasi dua hala & cakap-Menulis & Membaca-Behavior Modification-Bersedia Fokus di sekolah.

  • Sesuai untuk anak berumur 1 tahun ke atas

Program Thematic Playgroup yang membantu kanak-kanak dari segi komunikasi dua hala, perkembangan bermain serta bersosial dengan kawan pada hari Sabtu / Ahad.

  • Sesuai untuk anak berumur 3 tahun hingga 7 tahun.

Program Penjagaan harian untuk anak Lewat Perkembangan seperti Speech Delay dan Mild Autism.

  • Sesuai untuk anak berumur 3 tahun hingga 7 tahun.

Program Konsultasi Online bersama Terapis bagi membuat Rancangan Pendidikan Individu untuk memudahkan Home Therapy.

Seminar Parenting & Perkembangan anak secara Online atau Fizikal oleh pihak Pusat Terapi NUHA.

“Ibu bapa yang MULA bertindak akan mula melihat Perkembangan Anak kerana anak tidak akan tunggu untuk terus berkembang setiap hari”

FOUNDER NUHA KIDS DEVELOPMENT & THERAPY

Certified Occupational & Reflex Therapist & Brain Gym Instructor

Modul Utama Nuha

Main & Meneroka

2M yang pertama adalah asas kepada perkembangan Sensori dan Refleks dimana ketika aktiviti Main & Meneroka , setiap anak diberi peluang untuk bergerak sebanyak mungkin mengikut keperluan & kehendak mereka. Adaptasi diberikan kepada mereka bagi membantu mereka Main & Meneroka di dalam sempadan yang ditetapkan. Selain itu perkembangan lain seperti Kemahiran Motor Kasar , Motor Halus , Persepsi Visual turut diberi rangsangan melalui aktiviti Main & Meneroka yang disediakan.

Moral & Mengaji

Dewasa ini ramai anak-anak menghadapi isu untuk memahami nilai-nilai murni serta mengaplikasikan di dalam kehidupan harian. Ramai juga anak-anak yang masih tidak dapat mengawal Tingkah laku dengan teknik positif. Perkembangan 2M yang seterusnya adalah kepada Connection melalui aktiviti Moral & Mengaji. Aktiviti aktivti yang lebih berfokuskan regulasi emosi dan tingkah laku positif akan dapat membantu mematangkan Otak Limbik yang mengawal Tingkah Laku, Memori dan juga Tabiat seseorang. Stimulasi ini amat penting diberi seawal umur 1 sehingga 5 tahun yang membentuk personaliti seseorang.

Menulis, Mengira & Membaca

Menjadi harapan setiap Ibu Bapa anak-anak sukses di dalam Akademik. Rangsangan seterusnya yang menfokuskan rangsangan ke bahagian Neurokorteks di mana rangsangan Akademik dan Kognitif diberi bagi membantu pelajar Menulis , Mengira , Membaca serta lebih berdikari di dalam kehidupan seharian. Perkembangan 3M pelajar akan lebih lancar sekiranya bahagian Otak asas telah diberi rangsangan awalan.

Apa Kata Ibu Bapa

“Ibu bapa yang MULA bertindak akan mula melihat Perkembangan anak kerana anak tidak akan tunggu untuk terus berkembang setiap hari”

NURUL SHERIENA MUSA

Certified Occupational Therapist, Brain Gym Instructor , Reflex & Movement Therapist