Sejarah Penubuhan
2015
Permulaan
Nuha Kids Care Centre ditubuhkan pada tahun 2015 oleh Puan Nurul Sheriena Musa yang merupakan seorang Terapis Cara Kerja (Occupational Therapist) dari Universiti Teknologi MARA (UiTM).
2015
Bagaimana Tercetus
Atas dasar minat yang sangat mendalam terhadap memberi Pendidikan Terapi, beliau mengambil langkah untuk memulakan Sesi Terapi Rumah ke Rumah di Melaka di mana beliau pulang ke Melaka setiap minggu semasa bertugas sebagai Pensyarah Junior di sebuah Kolej Universiti.
2017
Pengalaman
Setelah hampir Dua tahun, beliau mula berkhidmat di sebuah Sekolah Swasta. Beliau masih meneruskan Khidmat Terapi di hujung minggu di sekitar Putrajaya, Kajang, Puchong, Cheras & Ampang dengan harapan dapat membantu Ibubapa yang sukar mendidik & memberi stimulus di rumah.
2020
Prrogram Klinik
Setelah hampir Lima Tahun berkhidmat di Sektor Swasta, beliau menubuhkan Nuha Kids atas permintaan ibubapa sekitar Kajang pada tahun 2015 dengan membuka Program Klinik. Beliau percaya dengan bergerak bersama Nuha Avengers, lebih ramai anak diberi stimulasi lebih awal & terancang.
2021
Sekolah Pertama
Program Terapi beliau mendapat sambutan sehingga Ibubapa meminta beliau untuk menawarkan Program Sekolah untuk anak anak Bekerperluan Khas. Bermula dengan cawangan pertama di Kajang, kini ramai pihak berminat untuk mendapatkan Modul NUHA di dalam program mereka.
2022
Sekolah Nuha
Alhamdulillah bermula dengan Kepercayaan mahu menyebarkan Ilmu dan Kasih Sayang ke Masyarakat adalah titik Permulaan sebuah Warkah Perjuangan untuk mendidik anak dari awal dengan sokongan Ibubapa.

Visi
Menjadi perintis & pilihan utama dalam menyediakan modul pendidikan khas serta platform pendidikan secara holistik yang mengikut keperluan perkembangan anak yang unik.
Misi
- Menyediakan persekitaran yang sesuai untuk semua tahap perkembangan anak yang selamat dan kondusif untuk kanak-kanak meneroka dan berkembang mental yang sihat.
- Menyediakan Modul Pendidikan Khas yang inklusif & bersesuaian dengan tahap kesediaan & keperluan setiap pelajar.
- Melatih & menyediakan pasukan Pendidik & Pengurusan (NuhaVengers) yang memahami perkembangan anak yang holistik serta sistem yang lebih bersistematik.
- Menganjurkan kelas online, seminar parenting & perkembangan bagi menyebarkan kesedaran & mendidik masyarakat.
- Menghasilkan bahan bantu mengajar serta buku panduan & latihan bagi membantu ibu bapa & pelajar untuk meneruskan aktiviti di rumah.
- Bekerjasama dengan badan kerajaan & bukan kerajaan serta individu bagi menjayakan program berkaitan parenting & perkembangan anak.

Pengasas
- Malaysian Occupational Therapy Association Scientific Conference (NDTapproach)
- Handwriting Readiness Workshop
- Sensory Management Workshop
- Behavior Management Workshop
- Hanen Program (It takes two to talk program)
- Certified Autism Movement Therapist Level II
- Visual Strategies Workshop
- Learning Materials Workshop (Bengkel Bahan Bantu Mengajar)
- Certified Speech Therapist Program Assistant
- Brain Gym for Special Needs Kids (BG170)
- Brain Gym the 26 Movements (BG101)
- Kursus Asas Berkuda (Level 1)
- Volunteer for Hippo Therapy Program
- Double Doodle Play (BG105)
- Brain Gym for Classroom (BG106)
- Optimal Brain Organization (BG201)
- Movement Reeducation (BG350)
- Rhythmic Movement Training (Focus, Organization & Comprehension)
- Rhythmic Movement Training (Emotions, Memory and Behavior)
- Rhythmic Movement Training (Reading and Writing)
- Rhythmic Movement Training (Face the Fear)
- Movement Based Learning for Working with Children and Adults of All Abilities (MBL)
- Educational Kinesiology In-Depth Educational Balance Process (BG301)
- Retained Primitive Reflexes and Their Effect on Learning, Behavior and Wellbeing (Basic Level)


