SESI PENILAIAN PERKEMBANGAN
Terapis yang mempunyai kelayakan berkaitan seperti Occupational Therapist, Physiotherapist serta Psychologist akan menjalankan Sesi Penilaian Perkembangan (Assessment) untuk mengenal pasti Tahap Perkembangan setiap Anak sebelum meneruskan dengan Sesi Terapi Individu (Intervention).
Setiap Terapis akan dilatih terlebih dahulu bersama Konsultan dan Senior Terapis bagi menggunakan Modul dan mengaplikasikan setiap Teknik yang sentiasa dikemas kini.
Peringkat Umur :
1 Hingga 16 Tahun
Durasi Sesi :
1 Jam
(45 – 50 minit pertama Sesi Penilaian Perkembangan Anak bersama Terapis)
(10 – 15 minit terakhir Sesi Konsultasi Terapis bersama Ibu Bapa)
Sesi akan berlangsung selama satu jam di mana 45 - 50 minit pertama merupakan sesi Penilaian perkembangan Terapis Bersama anak dan 10 - 15 minit terakhir adalah Sesi Konsultasi Terapis Bersama Ibu Bapa.
Di NuHa kami percaya dengan penglibatan aktif Ibu bapa maka lebih mudah untuk mencapai matlamat Rancangan Pendidikan Individu (RPI).
Beberapa Komponen yang akan dinilai adalah :
- Perkembangan Refleks
- Perkembangan atau isu berkaitan Sensori
- Regulasi Emosi & Tingkah Laku
- Kesediaan Akademik seperti Membaca, Menulis dan Mengira
- Kesediaan Pergerakan Oral
- Kemahiran Pre-Verbal (Kontak mata, Fokus, Fokus bersama, menunggu giliran dsb)
- Kemahiran Bercakap & berkomunikasi
- Kemahiran bermain
- Otak dominan
- Kesukaran melakukan aktiviti yang dinyatakan oleh Ibubapa
Dua (2) kali penilaian wajib dijalankan kerana Terapis perlu membina ikatan dan kepercayaan dengan anak agar anak lebih selesa dan terbuka apabila bersama dengan Terapis. Terdapat banyak Komponen yang akan dinilai dari kepelbagaian Teknik yang dimiliki oleh Terapis bagi memahami perkembangan dan keperluan anak.
Ibu Bapa juga akan terlibat semasa sesi penilaian terutama sesi pertama di mana Terapis akan bertanya soalan kepada Ibu Bapa tentang perkembangan anak. Proses ini amatlah penting untuk Terapis memberi Servis yang bersesuaian dengan Isu yang dihadapi setiap anak yang miliki potensi besar.
Amat disarankan sekiranya anak ada isu-isu seperti berikut untuk segera dibawa berjumpa Terapis untuk diberi penilaian terhadap perkembangan :
- Anak tidak fokus dan sering mengelak membuat kerja di meja khususnya
- Anak masih tidak bercakap setelah umur 2 tahun
- Anak tidak merangkak dan terus berjalan
- Anak tiada kontak mata ketika bercakap
- Anak suka mengamuk tanpa sebab yang nyata
- Anak suka memukul orang
- Anak tidak minat belajar
- Anak sangat hiper sehinggakan tidak mampu duduk lebih 1 minit
- Anak masih merangkak membaca setelah umur 7 tahun
- Anak salin huruf terbalik khususnya b , d , p dan q
Anak anak yang telah mendapat diagnosis juga boleh mendapatkan penilaian dari pihak NuHa untuk melihat tahap kesediaan untuk belajar seperti anak yang menghadapi isu Autism , ADHD , Down Syndrome , Dyslexia , Rare Syndrome dan pelbagai lagi.
Penilaian adalah WAJIB bagi memasuki Program Persekolahan di NuHa ini kerana bukan semua anak telah bersedia untuk menghadapi Program Persekolahan.
Dapatkan slot Sesi Penilaian Perkembangan
(Assessment) untuk anak anda sekarang!
(Assessment) untuk anak anda sekarang!
Klik butang DAFTAR SEKARANG di bawah untuk terus mendaftar bagi slot Sesi Penilaian Perkembangan (Assessment).
SOALAN LAZIM NUHA KIDS CARE CENTRE – TERAPI
Terapis akan menjalankan minimum 2 kali Sesi Penilaian Individu (Nuha To Screen) iaitu penilaian perkembangan secara menyeluruh antaranya meliputi perkembangan Motor Halus, Motor Kasar, Refleks, Sosial serta Komunikasi.
Seterusnya, Terapis akan meneruskan dengan Sesi Intervensi (Fun To Move) dan kekerapan sesi intervensi adalah berdasarkan tahap perkembangan anak hasil dapatan dari Sesi Penilaian Individu.
Seterusnya, Terapis akan meneruskan dengan Sesi Intervensi (Fun To Move) dan kekerapan sesi intervensi adalah berdasarkan tahap perkembangan anak hasil dapatan dari Sesi Penilaian Individu.
Sesi Penilaian Individu perlu dijalankan minimum sebanyak 2 kali sesi kerana penilaian adalah secara menyeluruh serta meliputi pelbagai komponen perkembangan anak dan tidak dapat dijalankan dalam satu kali sesi sahaja.
Selain itu, Terapis perlu membina ikatan dan kepercayaan dengan anak agar anak lebih selesa dan terbuka apabila bersama dengan Terapis.
Selain itu, Terapis perlu membina ikatan dan kepercayaan dengan anak agar anak lebih selesa dan terbuka apabila bersama dengan Terapis.
Setiap sesi adalah selama 1 jam dan pecahan sesi adalah 45 hingga 50 minit yang pertama adalah Sesi Terapi Individu iaitu sesi Terapis bersama anak dan 10 hingga 15 minit terakhir adalah Sesi Konsultasi Terapis bersama Ibu Bapa.
Ibu Ayah yang berminat untuk mendaftar boleh menghubungi HQ Nuha Kids Care Centre di talian 011-59455552.
Yuran bagi setiap program adalah berbeza. Sila hubungi HQ Nuha Kids Care Centre di talian 011-59455552 untuk keterangan lanjut.
Pembayaran yuran adalah secara atas talian sahaja dan resit akan diberi ke emel yang Ibu Bapa atau Penjaga beri ke pihak HQ.
Terdapat 2 jenis Pakej Sesi Terapi Individu iaitu :
- Pakej Kombo 4 kali sesi sebulan
- Pakej Kombo 8 kali sesi sebulan
Kekerapan sesi adalah berdasarkan kepada tahap perkembangan semasa anak anda selepas Sesi Penilaian Individu dijalankan. Terapis akan mencadangkan kekerapan sesi dari semasa ke semasa.
a) Terapis Perkembangan Junior
- Terapis yang menyertai NuHavengers kurang dari 6 bulan. Terapis berkelayakan dari universiti tempatan & antarabangsa.
- Terapis yang telah menyertai NuhaVengers lebih dari 6 bulan hingga 3 tahun. Telah mendapat latihan langsung & tidak langsung dari Konsultan Terapis.
- Terapis yang berpengalaman lebih dari 10 tahun di persekitaran pediatrik. Pengajar Brain Gym yang diperakui, Ahli Terapi Refleks & pelbagi kaedah lain. Berpengalaman luas dalam persekitaran yang berbeza dari klinik ke sekolah dan mempunyai klien yang terdiri dari bayi hingga dewasa.
Ya, Ibu bapa boleh memilih slot bersama Konsultan Terapis atau Terapis Perkembangan. Slot sesi akan diberi berdasarkan kepada jadual slot setiap Terapis yang berbeza.
Ibu Bapa hanya dibenarkan untuk masuk semasa sesi konsultasi bersama Terapis sahaja. Tetapi, jika pada permulaan sesi, ada anak yang belum bersedia untuk berinteraksi bersama Terapis, maka Ibu bapa dibenarkan bersama-sama pada permulaan sesi sahaja.
Pihak HQ akan menghubungi Ibu Bapa untuk memberi temujanji sesi. Slot sesi adalah berdasarkan kepada jadual sesi Terapis pada setiap minggu.
Untuk slot Pakej Kombo Terapi, slot sesi akan diberi untuk satu bulan pada awal pendaftaran.
Untuk slot Pakej Kombo Terapi, slot sesi akan diberi untuk satu bulan pada awal pendaftaran.
Bagi anak-anak yang menangis semasa sesi, kebiasaannya adalah bagi mereka yang mempunyai “Separation Anxiety”, oleh itu hanya seorang sahaja iaitu Ibu atau Bapa sahaja yang dibenarkan untuk berada bersama pada awal sesi.
Apabila anak sudah mula membina kepercayaan bersama Terapis, anak akan lebih mudah ikut serta sepanjang sesi dijalankan. Ibu Bapa juga disarankan untuk memberi kefahaman kepada anak-anak sebelum menghadiri sesi agar mereka lebih mudah dan cepat membina kepercayaan serta berinteraksi bersama Terapis.
Apabila anak sudah mula membina kepercayaan bersama Terapis, anak akan lebih mudah ikut serta sepanjang sesi dijalankan. Ibu Bapa juga disarankan untuk memberi kefahaman kepada anak-anak sebelum menghadiri sesi agar mereka lebih mudah dan cepat membina kepercayaan serta berinteraksi bersama Terapis.
Terapi Pertuturan bersama Terapis Pertuturan (Speech Therapist) dilakukan oleh Terapis Pertuturan luar yang akan membuat sesi di Nuha Kids Care Centre, kajang sahaja.
Sebelum menghadir Terapi Pertuturan, anak anda wajib menjalani Sesi Penilaian Individu (Assessment) bersama Terapis Perkembangan terlebih dahulu.
Ini adalah bagi membuat penilaian secara menyeluruh dan memastikan anak anda tidak mempunyai isu-isu yang lain dan menilai tahap kesediaan anak untuk menghadiri sesi terapi pertuturan.
Sebelum menghadir Terapi Pertuturan, anak anda wajib menjalani Sesi Penilaian Individu (Assessment) bersama Terapis Perkembangan terlebih dahulu.
Ini adalah bagi membuat penilaian secara menyeluruh dan memastikan anak anda tidak mempunyai isu-isu yang lain dan menilai tahap kesediaan anak untuk menghadiri sesi terapi pertuturan.
