Sesi Persekolahan :
Isnin – Jumaat
Sesi Pagi : 9.00A.M – 12.15P.M
Sesi Petang : 2.00P.M – 5.15P.M
Sesi Full Day : 9.00A.M – 5.15P.M
Sesi Pagi : 9.00A.M – 12.15P.M
Sesi Petang : 2.00P.M – 5.15P.M
Sesi Full Day : 9.00A.M – 5.15P.M
Special Education Program
EARLY INTERVENTION PROGRAM (EIP)
Nuha Kids menyediakan program Early Intervention Program (EIP) untuk anak special needs bermula umur 3 tahun sehingga 6 tahun.
Program EIP adalah sesi sekolah atau School Based yang fokus kepada perkembangan stimulasi Sensori & Refleks anak-anak.
Peringkat Umur :
3 Tahun hingga 6 Tahun
Sesuai untuk anak-anak :
- Autisme
- Speech Delay
- ADHD
- Down Syndrome
- GDD
- Slow Learner
Aktiviti kami berfokus untuk menyediakan anak ke sekolah. Selain itu Program ini turut fokus dalam memantapkan asas perkembangan iaitu Stimulasi Sensori dan Refleks. Asas ini amat penting demi mencapai matlamat kesediaan anak untuk belajar dengan seronok & lebih konfiden melakukan aktiviti harian termasuk berkomunikasi dengan kawan.
Komponen yang akan dinilai adalah termasuk :
- Perkembangan Sensori dan Refleks
- Perkembangan Motor Halus dan Kasar
- Regulasi Emosi & Respon Tingkah Laku
- Rangsangan Akademik seperti Membaca, Menulis dan Mengira
- Kemahiran Urus Diri seperti ke tandas (Toilet Training)
- Kemahiran Bersosial
- Kemahiran Bercakap & Berkomunikasi
- Kemahiran Pre-Vokasional
Pendekatan adalah menyeluruh dan Holistik dengan mengunakaan potensi setiap pelajar sebagai asas.
Kurikulum diadaptasikan daripada kurikulum antarabangsa dan bertujuan mencari potensi dan kekuatan pelajar. Kurikulum sentiasa dikemaskini agar selari dengan perkembangan Teori dan keperluan setiap individu.
Setiap pelajar akan dinilai oleh Terapis. Pihak terapis dan guru akan berbincang dengan pihak penjaga untuk Rancangan Pendidikan Individu (RPI) mengikut keperluan bagi membantu perkembangan pelajar secara Holistik.
Di Nuha Kids kami percaya akan kepentingan penglibatan aktif Ibu bapa akan dapat membantu proses memberi stimulasi terhadap pelajar. Ibu Bapa amat digalakkan memberi Feedback terhadap Kemajuan pelajar dan bersama-sama melakukan ‘HomePlay’ bersama pelajar di rumah untuk memastikan kelangsungan matlamat RPI tercapai.
Keistimewaan program ini adalah :
- Penilaian berkala oleh tenaga Terapis bertauliah
- Kelas dengan ratio yang selari dengan keperluan pelajar
- Laporan sistematik & berkala untuk ibu bapa
- Penggunaan teknik yang sesuai dengan tahap perkembangan pelajar
- Matlamat yang menyeluruh untuk membantu pelajar dalam setiap komponen
- Kepelbagaian teknik meraikan kepelbagaian & keunikan pelajar
- Homeplay sebagai panduan Ibu bapa untuk membantu perkembangan pelajar di rumah
2 Jenis Special Education Program
| Jenis Kelas | Special Education Normal | Special Education Intensif |
| Ratio | 1:6 | 1:3 |
| Kriteria | Pelajar Mild to Moderate | Memerlukan dorongan fizikal yang tinggi. Kesukaran untuk berada dalam kumpulan besar. |
| Faedah | Ratio Kelas Kecil Intervensi mengikut tahap pelajar (Customized Intervention) | Perhatian tambahan kepada Pelajar Intervensi mengikut tahap pelajar Customized intervention |
