Pengasas
Puan Nurul Sheriena Musa
Assalammualaikum wbt , Salam Kasih Sayang pada semua.
Izinkan saya perkenalkan diri nama diberi Nurul Sheriena Musa berasal dari Melaka. Meminati bidang yang berkaitan kanak- kanak. Kepercayaan bahawa pendikan seharusnya Holistik dan tanpa mengenal tahap potensi setiap individu.
Pendikan seharusnya dimulakan dari Rumah di mana Ibubapa berada kerana Ibubapa adalah Guru Pertama Anak. Kerjasama yang erat harus dipupuk antara Ibubapa, Keluarga, Sekolah dan Masyarakat bagi melahirkan Anak yang bersedia untuk menghadapi Kehidupan yang penuh Cabaran.
Ini bukan sahaja untuk kebaikan anak anak bekeperluan Khas tetapi untuk semua anak yang secara lahiriah akan berkembang mengikut fitrah masing masing.
Tugas kita adalah untuk MEMULAKAN TINDAKAN untuk memberi Peluang merasa Kasih Sayang. Mulakan mendidik dengan Kasih Sayang dengan memahami keperluan Anak.
Salam sebuah Perjuangan untuk menyebarkan Kasih Sayang dan Ilmu Perkembangan anak.
