KLINIK TERAPI
Program Klinik Terapi terbahagi kepada
- Screening Perkembangan
- Stimulasi Terapi
Dijalankan oleh Special Needs Therapist yang dilatih oleh Occupational Therapist & Speech Therapist untuk menjalankan sesi Screening & Stimulasi

Peringkat Umur :
2 Tahun hingga 12 Tahun
Sesuai untuk anak-anak :
- Autisme
- Speech Delay
- ADHD
- Down Syndrome
- GDD
- Delayed Development
- Cerebral Palsy
Sesi :
- Rabu hingga Jumaat (mengikut cawangan)
- Dari 1.50 petang hingga 6.00 petang
- Setiap Sesi Klinik Terapi berlangsung selama 50 minit
Kriteria Pelajar Sesi Klinik Terapi
- Berumur 4 tahun ke atas
- Anak yang sukar mengikuti arahan mudah di sekolah (bukan disebabkan isu sensori)
- Boleh mengikuti pergerakan yang mudah tetapi sukar mempelajari pergerakan yang lebih kompleks
- Anak yang kurang yakin untuk bergaul di sekolah
- Anak yang kerap mengamuk dan sukar meluahkan emosi (bukan disebabkan isu sensori)
- Ada perkataan tetapi mempunya vocabs yang terhad
- Boleh sebut 1 hingga 3 patah perkataan sahaja dalam 1 ayat
- Lambat menulis dan membaca setelah usia 7 tahun ke atas
- Tiada isu SENSORI & BEHAVIOUR yang serius yang memerlukan Intervensi Terapi Intensif dari Occupational Therapist
Jika anak anda ada kriteria atau ciri-ciri di atas, jom daftar untuk Screening Perkembangan
Sesi Screening Perkembangan
- Perkembangan Kemahiran Motor Kasar
- Perkembangan Kemahiran Motor Skills
- Kemahiran Pra-pertuturan
- Kesediaan Kognitif (3M - Menulis, Membaca, Mengira)
Kenalpasti komponen anak jika perlu ke Klinik Terapi
Klinik Speech & Behaviour Modification
- Kosakata anak terhad
- Ciri-ciri Speech Delay dan belum tahu bina ayat
- Anak rigid menggunakan 1 perkataan tertentu bagi menggambarkan situasi atau perasaannya
- Sering tersilap menutur bunyi perkataan seperti 'da' kepada 'ta'
- Sering tertinggal bunyi huruf yang perkataan yang kompleks seperti 'sphagetti' kepada 'pagetti'
- Tidak pandai menggabungkan 2 ayat menggunakan kata hubung sepert 'dan', 'atau', 'dengan' dan 'sebab'
- Anak tidak pandai menjawab soalan yang lebih abstrak seperti 'bila' atau 'bagaimana'
- Anak tak pandai bercerita atau menggambarkan sesuatu
- Anak cepat marah apabila kehendak tidak dituruti
- Hanya mendengar kata Ibu Ayah atau lakukan tugasan sekiranya diberikan reward
- Sering mengelak dari melakukan tugasan
- Mengamuk atau bertindak melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya untuk meraih perhatian atau mengelak
- Anak boleh jaga tingkah laku di sekolah tetapi sebaliknya berlaku apabila di rumah
- Anak yang sukar menyesuaikan diri dengan rutin di sekolah/tempat baru
- Mengamuk apabila rutin berubah
- Anak boleh berkelakuan baik di sekolah tetapi sebaliknya berlaku apabila di rumah
- Anak sangat peramah di rumah tetapi sangat pemalu di sekolah
- Anak sukar nak bergaul dengan rakan-rakan di sekolah
- Anak hanya nak bercakap dengan orang tertentu sahaja
- Anak sukar berkongsi atau bertolak-ansur dengan orang lain
Klinik Membaca, Menulis & Mengira
(Tutor 3M)
- Anak yang diajar banyak kali tetapi cepat lupa
- Anak masih keliru dengan konsep ruang seperti kanan, kiri, atas, bawah, depan, belakang
- Anak yang sudah bersekolah tetapi susah menulis dan membaca
- Menulis huruf dengan cara yang salah dan terbalik
- Anak sudah boleh menulis tetapi tulisan tidak kemas dan sukar dibaca
- Anak lambat dan sukar menyalin nota dalam satu tempoh masa
- Anak sukar untuk menyambung bunyi huruf semasa membaca
- Anak tidak faham apa yang dibaca
- Anak tidak kenal bilangan atau kuantiti semasa mengira