Program di Nuha Kids

Kelas intervensi awal yang memfokuskan kepada perkembangan Stimulasi Sensori & Refleks anak yang berumur 3 hingga 6 tahun. Dibahagikan kepada 3 sesi – Sesi Pagi, Sesi Petang dan Full Day bersama Guru Intervensi.

Program yang disusun khas untuk anak-anak Disleksia, Mild Autism, Slow Learner termasuk anak-anak tipikal yang memerlukan Stimulasi untuk BACA, TULIS & MENGIRA mengikut perkembangan otak anak.

Dijalankan oleh Occupational Therapist untuk menilai dan membuat Intervensi ke komponen perkembangan seperti kemahiran sensori & refleks, urus tingkah laku, motor kasar, motor halus dan lain-lain komponen lagi.

Dijalankan oleh Special Needs Therapist yang dilatih oleh Occupational Therapist & Speech Therapist untuk menjalankan sesi Screening & Stimulasi Perkembangan anak.

Speech Therapy atau Terapi Pertuturan bantu memberi rawatan dan sokongan bagi anak yang mengalami kecelaruan bahasa dan dijalankan oleh Speech Therapist.

Sesi Terapi 1 to 1 secara online untuk membantu anak dari segi :

  • Sensori
  • Motor Halus & Motor Kasar
  • Tingkah Laku
  • Oral Motor
  • Kesediaan Menulis, Membaca & Mengira (3M)

Program ini memfokuskan kepada Play Skills, Social Skills dan Speech & Language Development. Sesuai untuk anak-anak tipikal dan juga anak-anak Special Needs yang tiada isu sensori atau behaviour (yang tidak memerlukan sesi terapi yang intensif)

Seminar Parenting & Perkembangan Anak bersama barisan Pakar Terapis Nuha Kids dan dikelolakan oleh EzKitz by Nuha.

“Ibu bapa yang MULA bertindak akan mula melihat Perkembangan anak kerana anak tidak akan tunggu untuk terus berkembang setiap hari”

NURUL SHERIENA MUSA | MUMMY SHER

Certified Occupational Therapist, Brain Gym Instructor , Reflex & Movement Therapist