Tentang

Guru Pendidikan Khas & Guru Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Guru merupakan Tenaga Pendidik yang penting dalam memastikan Program Persekolahan di NuHa berjalan dengan lancar.
NuHavengers juga terdiri daripada Graduan Guru Pendidikan Awal Kanak-kanak atau Pendidikan Khas yang menjadi Tenaga Pendidik di Program NuHa. Mereka mempunyai pengetahuan asas tentang perkembangan kanak-kanak & dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari ke dalam konteks pembelajaran di NuHa.
Mereka diberi latihan oleh Konsultan dan Senior Terapis dan saling menggunakan Teknik Transdisciplinary approach di mana mereka turut sama-sama mengadaptasi teknik yang digunakan mengikut Keperluan dan kehendak Pelajar.