Nuha Playdate
FUN TO PLAY
Program Nuha Playdate adalah khas untuk anak- anak berumur 5 hingga 7 tahun. Sesi akan dijalankan secara individu (1 to 1).
Sesi adalah untuk anak-anak perkembangan Tipikal. Sesuai juga untuk anak-anak Speech Delay dan anak berkeperluan khas (mild).
Ramai anak-anak di peringkat awal perkembangan mempunyai Isu seperti :
- Anak tidak suka bermain dengan kawan
- Lebih gemar bermain sendiri
- Tidak boleh berkongsi mainan, akan marah jika ada orang tersentuh mainnanya
- Tidak tahu menunggu giliran
Program Nuha Playdate direka khas bagi membantu Ibu bapa untuk bersama-sama dan belajar membantu kesediaan anak untuk Bermain dan Berkomunikasi.
** Bagi anak-anak berkeperluan khas WAJIB menjalankan Sesi Penilaian oleh Terapis NuhaVengers bagi melihat tahap kesediaan anak untuk menghadiri sesi berkumpulan.
Peringkat Umur :
3 Hingga 5 Tahun
Sesi :
6 kali sesi sepanjang 3 bulan
Di dalam terapi berkumpulan di mana medium utamanya ialah Bahasa Inggeris dan menekankan aspek komunikasi dan sosial yang berkesan.
Kami menyediakan modul khusus yang diadakan pada hujung minggu selama 1 jam. Modul ini akan dilaksanakan oleh tenaga pengajar yang terlatih di dalam kelas secara berkumpulan dalam ration yang kecil.
Kebaikan program ini adalah :
- Memberikan peluang kepada anak-anak bersosial dengan kawan-kawan
- Memberi latihan secara santai dan menggunakan teknik terapi bermain
- Konsep ‘Child lead the way’ membenarkan anak menjadi kreatif dalam bersosial dan anak-anak menjadi lebih konfiden
- Membantu perkembangan integasi sensori , motor kasar dan halus di mana teknik OT digabungkan dalam modul
- Membantu perkembangan pertuturan dan komunikasi berkesan di mana teknik ST digabungkan di dalam modul
- Membantu anak-anak untuk menggunakan masa dengan berkualiti dan yang penting anak-anak rasa seronok dalam membina skil dan kreativiti mereka
Matlamat program ini adalah :
- Meningkatkan minat anak untuk bermain dengan kawan
- Meningkatkan kemahiran sosial
- Meningkatkan daya tumpuan di dalam kumpulan
- Membantu anak memahami peraturan di dlm kumpulan seperti menunggu giliran, berkongsi dan sebgainya
- Membantu anak untuk integrasi sensori , perkembanagn motor kasar dan halus
- Modifikasi tingkah laku
