Sesi Persekolahan :
Isnin – Khamis
Sesi Petang : 2.00P.M – 5.15P.M
Sesi Persekolahan
AFTER SCHOOL PROGRAM (ASP)
After School Program di Nuha Kids merupakan Program yang disusun khas untuk anak-anak Disleksia, Mild Autisme, Slow Learner dan juga untuk anak-anak Tipikal yang memerlukan Stimulasi untuk Baca, Tulis & Mengira mengikut perkembangan otak mereka.
Program ASP ini juga adalah sesi sekolah atau School Based yang fokus pada perkembangan Sensori dan Refleks anak-anak.
Pedekatan teknik yang digunakan untuk sesi membantu anak untuk lebih bersosial dan menyediakan pelajar untuk komuniti.
Peringkat Umur :
7 Hingga 12 Tahun
Pendekatan adalah menyeluruh dan Holistik dengan mengunakaan potensi setiap pelajar sebagai asas.
Komponen yang akan dinilai adalah termasuk :
- Perkembangan Sensori dan Refleks
- Perkembangan Motor Halus dan Kasar
- Regulasi Emosi & Respon Tingkah Laku
- Rangsangan Akademik seperti Membaca, Menulis dan Mengira
- Kemahiran Urus Diri seperti ke tandas
- Kemahiran Bersosial
- Kemahiran Bercakap & berkomunikasi
- Kemahiran Adaptasi ke dalam Komuniti
- Kesediaan aktiviti Vokasional
Kurikulum diadaptasikan daripada kurikulum antarabangsa dan bertujuan mencari potensi dan kekuatan pelajar. Keunikan setiap pelajar sebagai pemangkin untuk anak terus berminat menjalankan aktiviti tersebut.
Kami juga akan melakukan penilaian secara berperingkat mengikut keupayaan pelajar.
Laporan berstruktur tentang perkembangan pelajar akan diberi secara bulanan kepada Ibu Bapa serta perjumpaan Ibu Bapa diadakan dua (2) kali setahun. Perjumpaan Ibu Bapa adalah pada bulan Jun bagi Semester 1 dan bulan Disember bagi Semester 2. Persekolahan di NuHa adalah dari Januari sehingga Disember.
Di NuHa kami mementingkan penglibatan aktif Ibubapa kerana IbuBapa adalah Guru Pertama anak dan sebagai Komponen penting dalam membantu proses memberi stimulasi terhadap pelajar.
Keistimewaan program ini adalah :
- Kelas dengan ratio yang sesuai dengan kebolehan pelajar
- Laporan sistematik & berkala
- Penggunaan Teknik yang sesuai dengan tahap perkembangan pelajar
- Matlamat yang menyeluruh untuk membantu pelajar dalam setiap komponen
- Kepelbagaian Teknik meraikan kepelbagaian & keunikan pelajar
- Homeplay untuk membantu perkembangan pelajar di rumah
